Wednesday, August 7, 2019

TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

1. Pahang

Casabrina Vacation Villas Raub, Pahang☺️

Villa Aranya Harundalu Raub, Pahang Main Image
Keindahan yang melampau persis di dalam mimpi, inilah yang ditawarkan Casabrina Vacation Villas yang terletak di sebalik kehijauan flora Raub, Pahang. Bukanlah sebuah penginapan biasa kerana rumah percutian ini adalah sebuah penginapan bertaraf bukan 5, tapi 6 bintang!
Direka bentuk oleh AA Yoka Sara, seorang arkitek terkenal Bali, setiap pelusuk Casabrina Vacation Villas, luar dan dalamnya umpama lanskap indah yang mustahil dapat dilupakan.
Villa Aranya Harundalu Raub Pahang Room Image
Rumah percutian yang jauh dari kebingitan kota ini menawarkan 2 jenis villa iaitu Villa Aranya dan Villa Amertani.
Sesetengah villa lengkap dengan ruang santai dan balkoni. Untuk kedua-dua jenis villa ini, anda boleh memilih untuk menginap sama ada di tingkat atas atau bawah.
Sekiranya anda ingin melihat panorama yang menakjubkan tanpa batasan hutan hujan dan gunung di kejauhan, anda boleh memilih mana-mana villa yang terletak di tingkat atas.
Antara kemudahan lain yang boleh didapati di sini adalah kolam renang, sauna dan tab mandian terrazzo.
Alamat: Lot 1460, Jalan Tras, Mukim Tras, Raub


2. Perak

Teluk Senangin

Teluk Senangin, Perak

Anda mungkin tidak pernah dengar akan Teluk Senangin, tetapi ia merupakan tempat kegemaran masyarakat tempatan di sana! Malah, ia mungkin salah satu tempat yang paling terkenal bagi rekreasi keluarga! Di sini, ibu bapa boleh menikmati pemandangan pantai yang cantik sementara anak-anak melawati pusat pemuliharaan penyu yang berdekatan (tiada bayaran masuk!). Anda juga boleh melihat nelayan-nelayan tempatan berlayar untuk mengutip hasil tangkapan mereka. Suasana santai dan tenang ini memang tiada tandingannya.
Pada waktu malam, anda boleh menikmati juadah makanan laut di restoran yang terletak berdekatan Pantai Remis, kira-kira 10 minit dari pantai itu. Makanan laut di sini ditangkap segar setiap hari dan harganya juga amat berpatutan. Perjalanan ke Teluk Senangin tidak memerlukan perancangan yang terperinci, jadi ia merupakan destinasi yang sesuai untuk ibu bapa yang sibuk pada hari bekerja dan ingin membawa keluarga bersantai pada hujung minggu.

3. Selangor

 Sungai Lima (Pulau Ketam)

Sungai Lima, Pulau Ketam, SelangorImage credit:Southern Home Facebook
Sungai Lima, Pulau Ketam, SelangorImage credit:Southern Home Facebook
Tanya sahaja rakan-rakan saya dan mereka pasti akan berkata yang saya sering menyebut tentang Sungai Lima sehinggakan mereka sudah muak mendengarnya! Terdapat banyak sebab mengapa saya sering menyebut tentang kampung nelayan ini. Pertama sekali, tidak ramai yang tahu tentang tempat ini walaupun ia amat cantik. Kedua, saya teringin sekali melawati Sungai Lima dan berharap ada seseorang yang boleh membawa saya ke sana!
Jadi, ada apa yang boleh dilakukan di Sungai Lima? Secara jujurnya, anda tidak perlu melakukan apa-apa langsung! Benar, anda cuma perlu bersantai-santai di sini. Anda juga boleh duduk di tepi jeti, minum teh dan nikmati hari anda. Atau cuba makanan ringan, snek dan juadah makanan laut di sini sebelum mengakhiri hari anda dengan suasana matahari terbenam. Itulah percutian yang saya impi-impikan!

TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA 1. Pahang Casabrina Vacation Villas Raub, Pahang ☺️ Keindahan yang melampau persis di dalam mimpi, inilah...